Pelajar UiTM Cawangan Melaka Rangkul Anugerah di HONOR Talents 2022 Global Design Awards

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Diploma Grafik dan Media Digital, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Melaka atas kejayaan yang dimenangi dalam kategori HONOR Best Talent di HONOR Talents 2022 Global Design Awards yang bertempat di UiTM Kampus Puncak Alam.

Seramai 3 orang pelajar iaitu Nurhidayatul Husna Binti Mohd Bazuri memperoleh tempat kedua, Aina Syafigah Binti Azhar dan Siti Nordiyanah Syakirah Binti Mohd Nordin telah membawa pulang hadiah berbentuk telefon bimbit dan earbugs.

Majlis telah di rasmikan oleh Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (HEP), turut di iringi Dekan (HEP) Kolej Pengajian Kreatif, Prof Amer Shakir Zainol dan En. Justin Li selaku CEO Honor Malaysia.