Pensyarah UiTM Cawangan Pahang Pensyarah Jemputan Di Tarumt

Pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Pahang, Dr Mohamad Azmi Bin Nias Ahmad telah dijemput untuk menjadi penceramah jemputan untuk menyampaikan syarahan bertajuk “Overview of Accounting Information System” di Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TARUMT) Cawangan Pahang pada 8 December 2022.

Ceramah yang disampaikan merangkumi topik-topik iaitu “Components of Accounting Information System, Accounting transaction cycles, dan Accounting records in a computer-based system and roles of accountant in accounting information system.”

Program ini mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar dan juga kakitangan TARUMT. Perkongsian ilmu ini dapat mendedahkan para peserta akan kepentingan sistem maklumat perakaunan terutamanya kepada akauntan. Diharapkan agar mereka yang terlibat dengan sesi ceramah ini memperoleh manafaat dan dapat mengaplikasikan ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah.

Program ini telah membantu Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang dalam menyahut saranan negara untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG) yang keempat iaitu SDG4: Pendidikan Berkualiti.

Sebagai makluman, SDG juga dikenali sebagai Matlamat Pembangunan Lestari. SDG menggariskan 17 matlamat yang ingin dicapai menjelang tahun 2030. SDG ini menangani cabaran global yang kita hadapi, termasuk yang berkaitan dengan kemiskinan, ketidaksamaan, perubahan iklim, kemerosotan alam sekitar, keamanan dan keadilan. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang komited dengan matlamat ini dan telah mengambil langkah-langkah untuk menerapkan strategi-strategi SDG.

Semoga jalinan hubungan industri antara TARUMT dan Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Pahang ini dapat dieratkan melalui program-program perkongsian ilmu seperti ini pada masa akan datang.