Bengkel Perancangan Strategik UiTM Cawangan Melaka Tahun 2023

PULAU PINANG, 2 Disember 2022 – Pengurusan Eksekutif Universiti menghadiri Bengkel Perancangan Strategik UiTM Cawangan Melaka Tahun 2023 berlangsung dari 30 November – 2 Disember 2022 bertempat di UiTM Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Rektor UiTM Pulau Pinang, Prof Madya Ir. Dr. Ahmad Rashidy Razali juga sempat meluangkan masa bersama YBhg. Rektor serta JKEN semasa bengkel berlangsung.

Turut hadir Penyelaras Strategik & Transformasi Universiti, Ketua Unit Kualiti, Ketua Unit Komunikasi Korporat serta jawatankuasa dari Pejabat Pengurusan Sumber Manusia dan Pejabat Rektor.

Semoga perancangan yang dirangka ini dapat direalisasikan dengan jayanya untuk kebaikan dan manfaat kepada seluruh warga universiti.