Pelajar PPT B40 UiTM Cawangan Pulau Pinang Mendapat Sumbangan Komputer Riba

24 Februari 2022, Shah Alam. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt atas kurniaan nikmat pada hari ni buat 67 pelajar UiTM B40 yang terpilih untuk menerima sumbangan komputer riba dalam satu MAJLIS SERAHAN SUMBANGAN KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR UITM B40 ANJURAN JABATAN INFOSTRUKTUR, PPII, UiTM yang telah berlangsung di Dewan Annexe, UiTM Shah alam. Majlis ini telah disiarkan secara langsung di Youtube UiTM Channel dan dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Hjh. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM secara maya.

Seramai 3 orang pelajar daripada program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Pulau Pinang turut menerima sumbangan komputer riba ini. Mereka adalah

1.Mazliana Osong – Pra Diploma Perdagangan B40 (BA002)
2.Muhammad Aizat Idham Azman – Pra Diploma Perdagangan B40 (BA002)
3.Naufal Hakimi Mohtar- Pra Diploma Perdagangan B40 (BA002)

“Saya sangat bersyukur atas sumbangan komputer riba daripada pihak UiTM kpd pelajar yg tidak berkemampuan seperti saya. Bantuan ini sangat bermakna kerana kemudahan komputer riba ini sangat-sangat membantu saya terutama dalam menyiapkan tugasan dalam sesi pembelajaran secara Open Distance Learning (ODL) di peringkat diploma nanti. Terima kasih UiTM” – Mazliana Osong.

Jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor Pembangunan UiTM dan warga Jabatan Infrostruktur, PPII atas inisiatif yang sangat bermakna ini. Sekalung penghargaan juga buat Prof Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Rektor UiTMCPP yang sentiasa memberi sokongan kepada program-program yang melibatkan hal ehwal kebajikan pelajar.

Semoga dengan pemberian sumbangan ini ia dapat meringankan beban para pelajar dan memudahkan pelajar dalam meneruskan sesi pengajian secara ODL di UiTM.