Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara UiTM Cawangan Pahang dan Institut Tahfiz Al Banna

Telah berlangsung pada hari ini, 26 Februari 2022, Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara UiTM Cawangan Pahang dan Institut Tahfiz Al Banna dengan disaksikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, Mufti Negeri Pahang.

Yang Berbahagia Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof Ts Dr Mohd Ilham Adenan telah menandatangani Surat Hasrat ini bersama Pengerusi Institut Tahfiz Al Banna iaitu Ustaz Aireroshairi Roslan. Turut hadir ialah Ustaz Dr. Asjad Mohamed, Ketua Pusat Pengajian ACIS iaitu yang menawarkan Plus Tahfiz di UiTM.

Program Plus Tahfiz di bawah kelolaan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) kini ditawarkan kepada semua pelajar yang berlatar belakang Tahfiz yang mendaftar sebagai pelajar UiTM. Majlis Menandatangani Surat Hasrat ini adalah Sempena Majlis Khatam Hafazan Al Quran 30 Juzuk dan Graduasi Seri Tahfiz Al Banna hari ini di Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang yang turut dirasmikan oleh SS Dato’ Sri Mufti Pahang.

Semoga dengan terjalinnya hubungan ini, akan mempergiatkan lagi usaha-usaha meramaikan bilangan tahfiz di Negeri Pahang selepas ini.