Pasukan Futsal Y.E UiTM Cawangan Pahang sedia dan janji aksi yang terbaik di Pusingan Kelayakan Liga Futsal IPT 2023 (LFIPT2023)

17 Januari 2023 : Pusingan Kelayakan Liga Futsal IPT 2023 LFIPT 2023 bakal melibatkan 24 pasukan bertanding dan akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 24 hingga 28 Januari 2023 ini. Turut mengambil bahagian di dalam pertandingan pada tahun ini adalah terdiri daripada senarai 18 pemain dan 6 pegawai dari pasukan Futsal Y.E UiTM Cawangan Pahang.

Setelah melalui sesi latihan dan pemerhatian yang terancang, pengurusan UiTM Cawangan Pahang serta pasukan Futsal Y.E telah bersedia untuk beraksi dengan menjanjikan perlawanan yang terbaik di pusingan kelayakan nanti. Dalam meningkatkan motivasi dan keazaman di kalangan ahli pasukan, satu majlis ramah mesra bersama pihak pengurusan UiTM Cawangan Pahang telah diadakan. YBrs. Dr. Haji Mohd Kamal Azman bin Jusoh selaku Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar telah hadir dan menyampaikan amanat pihak pengurusan di dalam menyokong kejayaan pasukan futsal ini. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, Timbalan Ketua Pegawai Sukan serta pegawai – pegawai pasukan Futsal Y.E UiTM Cawangan Pahang. Seluruh warga kampus mendoakan dan mengucapkan agar pasuka Futsal Y.E memperolehi kejayaan seterusnya menjulang nama UiTM Cawangan Pahang khususnya.

Penulis Bersama : Muhammad Zahran Bin Abd Rahman, Mohd Mawardi bin Mohd Kamal