CSR- Skill Up: Heroes in Training, Manners is a Beauty That Never Fades

MELAKA, 11 Januari 2023 – Telah berlangsung program khidmat masyarakat “CSR- Skill Up: Heroes in Training, Manners is a Beauty That Never Fades“ bersama Sekolah Rendah Tengkera 2 dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UiTM Kampus Bandaraya Melaka dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Dr. Siti Normah Binti Awang Tuah. Program khidmat masyarakat ini turut dijayakan oleh barisan pensyarah dan guru sekolah serta seramai 105 orang pelajar sekolah tahap 5 dan 6 yang turut terlibat.

Menurut penasihat Program, Dr.Nor Asikin Shaharuddin, selain daripada memenuhi keperluan kerja kursus elektif bagi matapelajaran HTH558 – Professional Etiquette for Hoteliers, program ini juga memberi peluang kepada mahasiswa tahun akhir untuk berkongsi bersama pelajar sekolah rendah bagi pendedahan di dalam kerjaya terutama bidang perhotelan yang boleh diceburi apabila dewasa kelak.

Pengisian program ini adalah melalui ceramah dan aktiviti berkumpulan Treasure Hunt yang juga dapat memupuk sifat kepimpinan, semangat berpasukan, pengurusan masa dan kemahiran pengendalian acara.