Majlis Pra Graduan, Sarjana Muda Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik & Media (KPPIM)

MELAKA, 11 Januari 2023 – Seramai 270 orang bakal graduan diraikan dalam Majlis Pra Graduan, Sarjana Muda Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik & Media (KPPIM) anjuran Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Kampus Jasin dirasmikan oleh YBhg. Rektor, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini.

Majlis Pra Graduan ini diadakan bagi meraikan kejayaan bakal Graduan semester 6, program KPPIM pada semester ini. Prof Madya Dr Ismadi Md Badarudin, Timbalan Rektor HEA, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Bin Jono, Timbalan Rektor HEP, En Ahmad Khairuman Md Hasim, Penolong Rektor UiTM Kampus Jasin, dan Ketua Pusat Pengajian KPPIM, Ts. Dr. Jamaluddin Jasmis, Staf Akademik, Staf Pentadbiran antara yang hadir meraikan para pelajar.

Turut hadir YBhg. Dato Rosthman Ibrahim, Pengarah Urusan Hotel La Crista Melaka merangkap Presiden Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka, YBrs. En. Rusman Md Lizah Pengurus Besar Kanan, Widad Facility Management, dan Saudara Mohamad Syahiran Azizan Mantan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022.