Bengkel Kajian Semula Perancangan Strategik Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Perak 2022-2025

Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Perak telah mengadakan Bengkel Kajian Semula Perancangan Strategik Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Perak 2022-2025 pada 12 Januari 2023. Bengkel ini telah diadakan di Pejabat Bahagian Infostruktur, Kampus Seri Iskandar.

Bengkel ini bertujuan untuk mengkaji semula semua perancangan yang telah dibukukan pada tahun 2022. Pengurus program Ts. Mohd Farid Assamani bin Mohamed Zainon berkata, kajian semula ini perlu dibuat disebabkan terdapat beberapa perkara perlu dilihat semula atas faktor keperluan semasa universiti dan peningkatan teknologi.

“Kami melihat keperluan untuk menambahbaik perancangan strategik kami dengan tujuan untuk memfokuskan kepada projek-projek ‘Globally Marketable’. Ini sekaligus dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh universiti.

“Fokus perancangan strategik ini adalah berkaitan dengan tadbir urus dan pembudayaan ICT, operasi ICT, infrastruktur ICT serta sistem maklumat,” katanya.

Selain itu, antara perancangan yang dibukukan adalah untuk meningkatkan indeks kebahagiaan di kalangan staf Bahagian Infostruktur secara khususnya dan warga kampus secara amnya. Bengkel ini juga sedikit sebanyak telah membantu persediaan Bahagian Infostruktur bagi persediaan Bengkel Perancangan Strategik UiTM Cawangan Perak 2023 yang bakal diadakan.