Sentuhan Seni Pelajar UiTM Cawangan Selangor di Sekolah Kebangsaan Kapar, Selangor

Pada 12 Januari 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kapar Selangor, telah dilaksanakan satu program sentuhan seni di dua bahagian dinding blok sekolah tersebut. Program ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UCS dengan kerjasama Yayasan Kossan.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melahirkan lebih ramai penggiat seni halus tangan dari kalangan pelajar sekolah dan secara langsungnya hasil seni ini telah dapat menceriakan suasana sekolah tersebut disamping penyampaian mesej yang bermakna dari lukisan tersebut kepada para murid sekolah. Dua konsep gambar telah dihasilkan iaitu Semarak Sejarah Negara dan Anti Dadah.

Seramai 12 orang pelajar dan seorang Pensyarah dari Jabatan Seni Halus Kolej Pengajian Seni Kretif UiTM Cawangan Selangor telah terlibat dalam penghasilan lukisan seni pada dinding blok sekolah tersebut dan program telah diketuai oleh Encik Irwan Zakaria.

Dengan usaha yang dilakukan ini, diharapkan para murid sekolah dapat menanam minat mereka terhadap seni halus tangan dan dapat menyemai sikap kerjasama serta saling membantu dikalangan para mahasiswa UiTM yang terlibat dalam program ini. Program ini berakhir dengan penyerahan hasil sentuhan seni oleh Timbalan Rektor HEP UCS, Prof Madya Dr. Badrul Isa kepada Pengetua Sekolah Kebangsaaan Kapar.