Open Day & Talent Hunt @ Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media

Pada 4 hingga 6 November 2022 nanti akan berlangsung program Open Day & Talent Hunt di Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media. Program ini akan berlangsung di Kompleks Al-Khawarizmi, UiTM Shah Alam dari jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini diadakan bertujuan menggabungkan elemen akademik, kesukarelawanan, komuniti, keusahawanan, kebolehpasaran graduan, serta penglibatan industri dalam acara ini. Para pengunjung akan memperoleh maklumat dari 4 bidang utama kolej iaitu Sains Pengkomputeran, Sains Maklumat, Sains Matematik serta Komunikasi dan Media menerusi pelbagai aktiviti yang akan dijalankan. Antara pengisian dalam program ini ialah Talent Hunt & Speed Interview, Pameran Program Akademik, Pameran Projek Inovasi dari Pelajar, Pameran Industri, Demo Teknologi IR 4.0 dan Karnival Keusahawanan.

Dalam acara Talent Hunt and Speed Interview nanti, terdapat lebih dari 18 industri yang akan mengambil perantis di tawarkan oleh syarikat multinasional antaranya CIMB, UoB, Heitech Padu, Internspoon, Stone Forest dan banyak lagi. Talent Hunt & Speed Interview adalah satu program kerjasama bersama MDEC bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar tahun akhir dari Premier Digital Tech Institution (PDTI) untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Program ini akan mengadakan temuduga bersama pelajar secara bersemuka dengan pihak industri di kolej pengajian.

Untuk pameran akademik pula terdapat lebih dari 10 gerai pameran dari pelbagai Pusat Pengajian yang boleh dikunjungi dalam bidang Sains Pengkomputeran, Sains Matematik, Sains Maklumat dan Komunikasi dan Media. Antara tarikan lain yang terdapat dalam acara ini juga ialah Karnival Keusahawanan di mana akan terdapat lebih dari 50 gerai jualan makanan, minuman dan juga aksesori. Selain itu, Pameran Projek Inovasi daripada pelajar-pelajar kolej turut dipamerkan dengan memperlihatkan inovasi pelajar-pelajar dalam menyelesaikan masalah komuniti. Pameran dan bual bicara dari industri berprestij tempatan turut juga disediakan pada hari ini. Antara industri yang terlibat dalam bual bicara ini seperti Selangor Human Resource Development Center, Imaginar, Yayasan Peneraju, Neno Malaysia, Clazzy, Evo Business Consulting, CIMB, Heitech Padu dan banyak lagi industri dalam bidang Pengkomputeran, Informatik dan Media. Pada hari tersebut, industri akan memberi maklumat tentang bidang kerjaya yang mereka tawarkan kepada pelajar kolej dan juga teknologi terkini yang industri sediakan dalam menambah nilai kemahiran pelajar dalam bidang pekerjaan.

Pengunjung juga akan merasai pengalaman dalam bidang keselamatan siber, analitik data raya, teknologi Industrial Revolution (IR4.0), perisikan siber, kepintaran buatan, teknologi perangkaian dan pengkomputeran awan, permodelan matematik, sains aktuari, sains maklumat dan komunikasi dari lawatan ke makmal komputer yang terdapat di kolej ini. Sesi lawatan fasiliti ini akan berlangsung di mana pengunjung akan dibawa mengunjungi fasiliti terkini kolej seperti Big Data Lab, Security Operation Center, Cloud Room, Global Learning Space, Makmal IoT, Digital Forensic Lab dan Konti Broadcasting dan sebagainya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara ini, pengunjung boleh melawat website kami di Google Site: sites.google.com/view/opendayprime/ dan Google Site: sites.google.com/view/talenthunt-2022/