Lawatan Audit Pengurusan Rekod Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)

Lawatan Audit Pengurusan Rekod Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Naib Canselor telah berlangsung pada 26 Oktober 2022 di Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA). Lawatan ini dihadiri oleh pegawai-pegawai yang mewakili Jabatan Arkib Universiti (JAU), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).

Objektif pengauditan adalah:
1) Memastikan pengurusan rekod universiti diuruskan dengan teratur dan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan dari segi kawalan dan keselamatan rekod.
2) Perolehan rekod-rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia

Staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) diwakili oleh Puan Azniza Mohamad Nor, Pegawai Arkib Kanan, Encik Ahmad Amiri Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakwan, Puan Wan Nur Khalidah Wahed, Penolong Pegawai Arkib, dan Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman, Pustakawan.