NOW YOU SEE ME: BOOSTING YOUR RESEARCH PROFILE

SHAH ALAM, 17 Ogos 2023 – Unit Penyelidikan, Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah menganjurkan program Now You See Me 2 pada 11 Ogos 2023 bertempat di Auditorium APB bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada 12 tengah hari. Dr. Hayrol Azril Mohamed daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan seorang pakar dalam bidang penyelidikan dan mempunyai 1298 Scopus Citations dan 19 Scopus h-index telah dijemput sebagai penceramah dalam program ini.

Dalam sesi ini, beliau mengupas topik-topik penting seperti bagaimana untuk meningkatkan rujukan bagi artikel penyelidikan, kredibiliti h-indeks Google Scholar, dan cara untuk mendapatkan lebih daripada 1000 rujukan sitasi dalam Scopus.

Kehadiran Dr. Hayrol sebagai penceramah telah memberikan pelbagai maklumat dari sudut pandang penyelidikan kepada para peserta. Beliau bukan sahaja berkongsi pengetahuannya, malah turut memberikan pandangan yang mendalam tentang dunia penyelidikan. Program ini telah menjadi satu platform kepada para penyelidik untuk mendapatkan ilmu baru dalam usaha meningkatkan profil penyelidikan masing-masing.