BENGKEL AKADEMIK PELAJAR PASCASISWAZAH APB

SHAH ALAM, 17 Ogos 2023 – Unit Pascasiswazah Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah menganjurkan Bengkel Akademik khusus kepada mahasiswa Pascasiswazah Antarabangsa APB pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2023. Bengkel ini telah berlangsung di Auditorium APB bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang. Matlamat penganjuran bengkel ini adalah salah satu inisiatif dalam membantu mahasiswa dari aspek penulisan akademik, penyediaan kertas cadangan penyelidikan. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 42 mahasiswa tempatan dan antarabangsa.

Pada hari pertama (31 Julai 2023), bengkel dimulakan dengan perkongsian ilmu mengenai topik APA Style 7th Edition yang telah disampaikan oleh Dr. Wan Irham Ishak, pensyarah kanan dari UiTM Kedah diikuti dengan perkongsian topik Academic Writing yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Fazlin Mohd Ramli, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri. Pada hari kedua (1 Ogos 2023), bengkel diteruskan dengan perkongsian topik Proposal Writing oleh Prof. Madya Dr. Nor Fazlin Mohd Ramli.

Melalui penganjuran bengkel ini, diharap dapat memberikan ilmu dan manfaat kepada keberlangsungan penyelidikan yang terhasil.