BENGKEL PENAMBAHBAIKAN HAL EHWAL PASCASISWAZAH APB

SHAH ALAM, 17 Ogos 2023 – Unit Pascasiswazah Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Hal Ehwal Pascasiswazah pada 31 Julai 2023 di Hotel UiTM Shah Alam, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Bengkel ini telah dihadiri oleh Prof. Ts. Dr. Janudin Sardi, Dekan APB, Prof. Madya Dr. Norhayuza Mohamad, Ketua Pusat Pengajian Pascasiswazah dan Dr. Zaemah Abdul Kadir, Ketua Pusat Pengajian Pascasiswazah bahagian Kerja Kursus bersama barisan jawatankuasa dan urusetia.

Matlamat utama penganjuran bengkel ini adalah untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh penyelia dan pelajar pascasiswazah (Penyelidikan). Garis panduan dan strategi terbaik dalam usaha menangani hal ini turut dibincangkan dan ia juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan Unit Pascasiswazah.

Bengkel ini telah mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan pelajar tempatan dan antarabangsa yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang bahasa.