META 25: Anugerah Emas Pengurusan Akademik Cemerlang 2022

Shah Alam, 31 November 2023 – Pada 25 hingga 27 Oktober telah diadakan Mesyuarat Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bersama Timbalan Rektor (Akademik), Timbalan Dekan (Akademik), Penolong Rektor, Ketua Pengajian dan Penolong Pendaftar (Akademik) atau lebih dikenali sebagai META. META kali ke-25 ini telah berlangsung di Hotel Adya, Langkawi.

Dalam Majlis Gala META yang bertemakan “Denims and Diamonds”, Pengurusan Akademik Cemerlang 2022 Universiti Teknologi Mara telah menganugerahkan Anugerah Emas Kategori Entiti Akademik kepada Akademi Pengajian Bahasa (APB). Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman. Kejayaan ini menampakkan nilai ESI UiTM iaitu sinergi dalam memupuk perpaduan dan penggabungan keharmonian dan produktiviti untuk mencapai hasil yang berguna, berkesan dan berkualiti tinggi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak APB dan diharap momentum ini dapat dikekalkan. Semoga kecemerlangan ini menjadi pendorong kepada diri sendiri dan menjadi pembakar semangat seluruh warga APB untuk terus melakar kejayaan.