Kursus Excellent Teaching in English (E-TiE) dan Excellent in Teaching in Arabic (E-TiA) bagi guru-guru Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama MUIP

Jabatan Agama Pahang (JAIP) dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa UiTM Pahang telah menganjurkan Kursus Excellent Teaching in English (E-TiE) dan Excellent in Teaching in Arabic (E-TiA) pada 16 sehingga 18 November 2023 bertempat di Hotel Megaview, Kuantan.

Kursus ini telah dihadiri oleh 44 orang guru non-opsyen Bahasa Inggeris non-opsyen dan juga 44 orang guru non-opsyen Bahasa Arab dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (SMA MUIP) seluruh negeri Pahang.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan memantapkan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab kepada para peserta. Di samping itu, kursus ini juga bertujuan untuk mengukuhkan semangat keilmuan dalam menyediakan satu medan perkongsian ilmu antara guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang terlibat.

Peserta telah menghadiri pelbagai bengkel teknik pengajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa Cawangan Pahang Kampus Jengka dan Kampus Raub. Kursus mendapat maklumbalas yang positif dari para peserta. Kebanyakan peserta meluahkan rasa minat yang dalam untuk menyertai kursus E-TiE dan E-TiA 2.0 pada masa hadapan.