Meraikan Kejayaian Pelajar Pacsasiswazah Doktor Falsafah Di Majlis Hooding Di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam

Bagi meraikan kejayaan pelajar pascasiswazah Doktor Falsafah, Institut Pengajian Siswazah UiTM (IPSis) telah mengadaka satu Majlis Hooding di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 9 September 2022 yang lepas. Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah merupakan majlis khas yang dijalankan bagi meraikan kejayaan pelajar pascasiswazah Doktor Falsafah yang berjaya menamatkan pengajian mereka dengan jayanya. Majlis ini juga bertujuan untuk memberi penghormatan kepada penyelia untuk turut bersama-sama menyumbang kejayaan pelajar di bawah seliaan mereka.

Majlis yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim diantara pelajar, pensyarah dan penyelia itu dihadiri oleh 100 orang graduan berserta ahli keluarga masing-masing dan 118 barisan penyelia . Majlis yang meraikan graduan bagi Konvokesyen ke- 94 kali ini mencatatakan seramai 11 orang bilangan pelajar pascasiswazah Doktor Falsafah yang berjaya memperolehi Anugerah Penyelidik Cemerlang dan 37 orang yang bergraduat secara On Time (Graduate On Time : GOT) .