Pertemuan Delegasi UiTM Dengan Kedutaan Malaysia Uzbekistan Bincang Potensi Kerjasama UiTM dan Universiti di Uzbekistan

Uzbekistan, 15 Sept: Delegasi FSKM UiTM ke Uzbekistan telah berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama Duta Malaysia di Uzbekistan, Tuan Yang Terutama Duta Hendy Assan. Pertemuan ini bertempat di Kedutaan Malaysia, Tashkent.

Delegasi FSKM diwakili oleh Prof. Ts Dr Haryani Haron, Dekan FSKM , bersama Prof. Daud Mohamad dan Prof. Dr Isamiddin Rakhimov, Profesor Matematik FSKM dan Dr Surmarni Abu Bakar, Ketua Pusat Pengajian Matematik FSKM.

Dalam pertemuan tersebut , TYT Hendy Assan menyatakan sokongan atas usaha UiTM memeterai MoU bersama universiti-universiti di Uzbekistan. Beliau menyarankan agar aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan mestilah membawa manfaat kepada Malaysia terutamanya dari segi ekonomi.

Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Cik Aimi Huda Ismail , Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Malaysia di Uzbekistan , dan 4 orang pensyarah FSKM iaitu Ts Dr Normi Abdul Hadi, Dr Nor Hanimah Kamis Dr Nur Hazwani Aqilah Abd Wahid dan Dr Abd Kadir Jumaat.

Pertemuan yang berlangsung selama sejam diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Prof Ts Dr Haryani Haron kepada TYT Hendy Assan.