Menjana Idea Halatuju Sumber Manusia Universiti Awam di Batu Pahat

Pegawai universiti awam Malaysia berhimpun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) pada 8 hingga 10 Februari 2023. Mesyuarat dipengerusikan Encik Helmi Zaifura, Pendaftar UPSI merangkap Pengerusi JKSMUA.

UiTM menghantar tiga pegawai, mewakili komponen masing-masing iaitu Ts. Mohd Rafizi bin Rahmad (Pembangunan Sumber Manusia), Tuan Haji Mohd Huzaifah Reduan (Pengurusan Sumber Manusia) dan Puan Rozalina Rokli (Hospital Pengajar). Mesyuarat pertama tahun 2023 membincangkan halatuju jawatankuasa dan perancangan aktiviti tahunan. Wakil dari ILD UiTM mewakili komponen Pembangunan Sumber Manusia telah membentangkan cadangan Jawatankuasa Jaringan Dalam dan Luar Negara, antaranya ialah lawatan ke luar negara dan program melibatkan jaringan dalam negara bersama agensi awam dan swasta.

JKSMUA dianggotai 20 universiti awam, antaranya berperanan memberi cadangan penambahbaikan kepada pengoperasian Universiti Awam Malaysia sekaligus mengangkat kepentingan profesion pentadbir universiti awam. JKSMUA bermesyuarat empat kali setahun. UUM adalah bakal tuan rumah mesyuarat seterusnya.