5,353 Peluang Kerjaya di Program Kerjaya Graduan UiTM

Shah Alam, 14 Februari 2023 – Warga Shah Alam khususnya golongan belia diundang ke Program Kerjaya Graduan UiTM yang akan diadakan di Library Community Engagement, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

Program anjuran bersama PTAR dan PERKESO Negeri Selangor ini akan diadakan selama tiga hari bermula hari Selasa 21 Februari 2023 hingga hari Khamis 23 Februari 2023 dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Sejumlah 5,353 peluang pekerjaaan ditawarkan oleh pihak industri antaranya Proton, UMW, Gamuda IBS, 99 Speedmart, Pizza Hut, Cyberview Resort & Spa dan FACEXPRO.

Selain itu, individu turut berpeluang menyertai taklimat bersama PERKESO terutama kemudahan caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang baru dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Februari 2023.

Agensi perbankan Maybank turut membuka kaunter buat orang ramai memperoleh maklumat tentang pelbagai perkhidmatan kewangan semasa. Gerai-gerai jualan makanan dan minuman turut disedia sebagai kemudahan buat orang ramai hadir ke program ini nanti.

Demi kelancaran proses pencarian pekerjaan, golongan belia perlu mengisi borang pra-pendaftaran menerusi dua pautan berikut:

https://mobileptar.uitm.edu.my/p4g3s/p4g3s.php?p=023 (Warga UiTM)

https://bit.ly/PKERJAYAGRADUANUiTM (Bukan Warga UiTM)

Maklumat terkini dan pertanyaan lanjut berkaitan program Kerjaya Graduan UiTM boleh diperoleh di media sosial rasmi PTAR:

Portal: https://library.uitm.edu.my/en/discover/upcoming-events/latest-at-ptar/107-announcement/803-ptar-perkeso-selangor?fbclid=IwAR1KjThLyCo-RF–2NLz0g_uTB1goXg73y9IHw9vZAH2OU7B8T0xJ9iGZew

Facebook: https://www.facebook.com/libraryuitm

Twitter: https://twitter.com/uitmlibrary

Whatsapp: 03-5521 1704/ 011-2092 8005