Meet And Greet Bersama Pelajar OKU PPPG, UiTM Cawangan Pahang

Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan satu program Greet and Meet Bersama Pelajar OKU PPPG pada 21 Oktober 2023 (Sabtu). Program ini telah dijalankan bermula jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, bertempat di Bilik Bacaan KMK2, UiTM Cawangan Pahang. Program ini melibatkan seramai sembilan (9) pelajar OKU program Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (BA132), Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BA118) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) (BA232) serta dua (2) orang pelajar lain selaku rakan pengiring pelajar OKU berkerusi roda.

Pelajar OKU di PPPG terdiri dari OKU berkerusi roda, ketidakupayaan mata, ketidakupayaan tangan, ketidakupayaan kaki, ketidakupayaan pendengaran, dan slow learner. Seramai 4 (empat) orang penasihat akademik pelajar OKU PPPG turut hadir antaranya Puan Norlaili Harun, Puan Rozita Mengen, Puan Mastura Mohamad dan Dr. Mohd Safwan Ramli. Penganjuran program ini dikendalikan oleh Puan Mas’udah Asmui (Ketua Pusat Pengajian PPPG dan Penasihat Program), Cik Zaidatul Nadhirah Roslan (Pengarah Program) dan Cik Norsyazwani Mohd Ramli (Penolong Pengarah Program) dan diucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Mohd Kamal Azman Jusoh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Pahang selaku Penaung Program.

Objektif penganjuran program ini adalah, 1)Mewujudkan persekitaran berasakan kasih sayang, hormat menghormati dan kegembiraan serta mewujudkan budaya komuniti yang prihatin dan peduli terhadap pelajar-pelajar OKU, 2) Memastikan penglibatan pelajar-pelajar OKU secara inklusif dalam semua aktiviti dan program di dalam dan di luar kampus.

Program dimulakan dengan aktiviti ice breaking, bermain permainan dalam kumpulan (pelajar OKU bermain bersama Penasihat Akademik), dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah.

Pihak PPPG sangat mengharapkan agar dengan penganjuran program sebegini dapat mendidik serta meningkatkan kesedaran pihak fakulti mengenai pelajar-pelajar OKU. Di samping itu, pihak fakulti juga dapat mengumpul dan memproses maklumat berkaitan isu pelajar-pelajar OKU dalam sebarang perkara, terutamanya yang melibatkan aspek akademik dan kemudahan serta menyediakan sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan individu.