“Cultivating Nature Connectedness: University to Community” Sustainable Melati Series 1

Pada 16 sehingga 20 Oktober lalu telah berjaya diadakan program Sustainable Melati Series 1 anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Kolej Kediaman Melati sesi 2023/2024 UiTM Shah Alam. Program ini diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform Padlet dan telah disertai seramai 118 orang Srikandi Melati.

Program ini merupakan program anjuran Exco Akademik & Kelestarian Hijau, Cik Fatin Amira Mohd Zaidi bersama penasihat program, Puan Nur Idzhainee Hashim. Program Sustainable Melati Series 1 ini dijalankan dengan matlamat untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mempunyai lebih banyak pengetahuan am khususnya mengenai Kelestarian(Sustainability) yang berkait rapat dengan Sustainable Development Goals (SDG). Program yang telah berlangsung sepanjang 4 hari itu yang menggunakan platform atas talian, Padlet sebagai medium untuk memuat naik gambar atau rakaman video yang bertemakan perkongsian maklumat mengenai Sustainability kepada komuniti.

Perkongsian padlet daripada pelajar Kolej Melati: https://padlet.com/fatinamirajpkmelati/sustainable-melati-series-1-u16k7zasz1ttwsez
Program penutupan Sustainable Melati Series 1 ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada 3 orang pemenang yang terpilih serta ucapan daripada Pengetua Kolej Melati, Prof. Madya. Dr. Nor Aizam binti Adnan. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga pemenang Sustainable Melati Series 1: “Cultivating Nature Connectedness: University to Community”.