Majlis Raya Persatuan GEOMASS

Majlis Raya Persatuan GEOMASS 2023.

18 Mei 2023 – Sambutan Raya Persatuan GEOMASS 2022 telah berjaya diadakan di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis pada hari Khamis, malam tadi.

Turut bersama hadir ialah Ts. Gs Dr. Ernieza Suhana Mokhtar (Timb Rektor PJI), Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Kursus, barisan pensyarah dan para pelajar ijazah dan diploma Kolej Pengajian Alam Bina. Majlis Raya GEOMASS pada kali ini melibatkan penyertaan hampir seramai 450 oarang yang melibatkan kumpulan kelas yang berbeza.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Wakil MajLIS Tertinggi GEOMASS dan ucapan aluan oleh Ketua Pusat Pengajian KAB, Sr Dr Rohayu Haron Narashid. Agenda majlis seterusnya melibatkan persembahan nyanyian dan sketsa raya oleh wakil pelajar Diploma Semester 2 dan Ijazah Sarjana Muda (Semester 7). Pada akhir majlis, sesi penyampaian hadiah disampaikan oleh Ketua Pusat Pengajian bagi kategori Poster Terbaik, Booth Paling Havoc, Booth Paling Ceria dan King and Queen Night.

Semoga kita berjumpa lagi pada Majlis Raya tahun depan.

Sekian, terima kasih.