Majlis Ramah Tamah 2023 : Gawai Raya UiTM Cawangan Sarawak Wadah Perkukuh Perpaduan dan Keharmonian di Kalangan Warganya.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak menganjurkan Majlis Ramah Tamah 2023 : Gawai Raya yang diadakan di Dewan Jubli UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan pada hari ini. Penganjurannya merupakan salah satu wadah untuk mengukuh perpaduan serta keharmonian di kalangan warga UiTM Cawangan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan keturunan serta budaya.

Majlis tersebut disempurnakan oleh YBhg Tuan Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak yang turut melakukan acara simbolik pra pelancaran logo sambutan Jubli Emas UiTM Cawangan Sarawak ke-50. Hadir sama pada majlis tersebut adalah YBhg Prof. Dato Dr. Jamil Haji Hamali, Rektor UiTM Cawangan Sarawak serta Isteri YBhg Datin Marilyn Edna Perreau, YBhg Professor Tpr Dr. Jamalunlaili Abdullah, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Alam Bina UiTM, YBrs Prof. Madya Dr. Saimi Bujang, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar merangkap Pengerusi Penganjur Majlis Ramah-Tamah 2023: ‘Gawai Raya’ UiTM Cawangan Sarawak, YBrs Prof. Madya Ts. Chm. Dr Mohamad Isa Mohammadin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Sarawak serta warga kerja dan pelajar UiTM Caqwangan Sarawak.

Pada majlis berkenaan, YBhg Tuan Ahmad Nadzri turut menyampaikan sumbangan kepada seramai 19 orang pelajar B40 yang menerima peranti sumbangan daripada projek sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama pihak Huawei dan Lenono. Ia sekali gus membuktikan betapa pihak UiTM Cawangan Sarawak khususnya begitu cakna dengan hal ehwal pelajar agar mereka mendapat keperluan yang sewajarnya khususnya sepanjang proses pembelajaran.

Pada majlis yang sama, turut menyaksikan penyampaian simbolik sumbangn duit raya kepada 100 orang pelajar yang kurang berkemampuan dan anak yatim yang merupakan sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak Rekajaya Project Sdn Bhd iaitu syarikat konsesi yang menguruskan Kampus Samarahan 2.