“Raya Rendezvous” & Perasmian Fasiliti Baharu di Kolej Perindu

Shah Alam, 17 Mei 2023 – Kolej Kediaman Perindu dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah mewujudkan kemudahan bagi memanfaatkan seluruh warga Kolej Kediaman Perindu. Antara fasiliti yang telah diwujudkan ialah Dapur HEP, Gimnasium Perindu, Barbershop Perindu dan Perindu Night Market. Inisiatif ini adalah usaha sama antara pihak pengurusan kolej dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Perindu sesi 2023/2024 dalam menjaga dan menjamin kebajikan warga Kolej Kediaman Perindu.

Semua kemudahan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) ketika program “Raya Rendezvous Bersama Perindu”. Program ini merupakan jamuan raya bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat muhibah dan menjalinkan kesepaduan sosial dalam kalangan warga kolej.

Turut hadir ke program ini ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Shahsuzan Zakaria (Pengarah Pembangunan Pelajar), YBrs. Prof. Madya Sr. Dr. Ahmad Nazrin Aris Anuar (Pengetua Kolej Kediaman Perindu), YBhg. Dato Dr. Pekan Ramli (Mantan Pengetua Kolej Kediaman Perindu), Majlis Pengetua Kolej Kediaman UiTM Shah Alam, Staf Residen Kolej, staf pentadbiran dan warga Kolej Kediaman Perindu.

Secara keseluruhan, program sebegini menjadi wadah pembangunan warga kolej yang lebih aktif dalam sentiasa mencari alternatif untuk meraikan warganya. Program ini semestinya meningkatkan Index of Happiness warga kolej di samping meningkatkan keselesaan penghuni sejurus keempat-empat fasiliti yang dirasmikan akan beroperasi.