Majlis Pra Graduan Program Sarjana Muda, Kampus Bandaraya

MELAKA, 10 Januari 2023 – Seramai 600 orang bakal graduan telah diraikan dalam Majlis Pra Graduan Program Sarjana Muda, Kampus Bandaraya Melaka anjuran Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Kampus Bandaraya Melaka bertempat di Swiss Garden Hotel, Melaka.

Majlis Pra Graduan ini diadakan khusus bagi meraikan kejayaan bakal graduan tahun akhir melibatkan dua fakulti terdiri daripada Program Ijazah Sarjana Muda (Kep) Pentadbiran Perniaagaan (Pemasaran) BA240, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) BA242, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia) BA243, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) BA246, Ijazah Sarjana Muda (Kep) Pengurusan Sistem Pejabat BA232 dan Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pengurusan Pelancongan HM241 pada semester ini.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Rektor, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini. Turut hadir barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), Ketua-Ketua Pusat Pengajian daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Penyelaras-Penyelaras Program, Penasihat Akademik serta Staf Pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Akdemik selaku urusetia yang turut menjayakan keseluruhan pelaksanaan majlis.