Majlis Perasmian Pembukaan Expo Lendu International Art Community (LIAC#4)

ALOR GAJAH, 21 Oktober 2022 – Majlis Perasmian Pembukaan Expo Lendu International Art Community (LIAC#4): Pasca Covid 19 serta Pameran Profil Ismail Baba telah berlangsung disempurnakan oleh Yang Berusaha En Ameruddin Bin Ahmad, Ketua Pengarah Balai Seni Negara bertempat di Dewan Kuliah 1, UiTM Kampus Alor Gajah.

Dalam majlis sama, sebuah pameran profil yang mengetengahkan pelukis terkenal dengan gaya naïve iaitu En Ismail Baba yang telah memperagakan hasil karya-karya terdahulu dan terkini sepanjang pembabitannya dalam arena seni.

Karya-karya ini telah didatangkan khas dari studionya dari Kuala Lumpur dan dipamerkan diruang Galeri Seni, KPSK bagi tujuan tatapan serta di manfaatkan oleh seluruh warga UiTM dan peserta-peserta LIAC#4 yang hadir.
Turut hadir, Prof Madya Dr Ismadi Md Badarudin, Timbalan Rektor HEA mewakili Rektor bagi menyantuni para tetamu. Deligasi dari luar negara yang hadir terdiri daripada Universiti Sebelas Maret (UNS), Surakarta Indonesia, Chiang Rai Rajabhat Univeristy of Thailand, peserta dari negara Singapura dan Brunei Darul Salam serta rakan-rakan artis dari Balai Seni Negara (BSN), Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia (MOTAC) Sekolah Seni Malaysia Johor.

#uitmdihatiku
#kitauitmmelaka
#keluargaUiTM
#sinergibersama
#sinergitrust
#uitmcmoktober2022