Lawatan Penanda Aras dari UiTM Cawangan Selangor ke UiTM Cawangan Melaka

ALOR GAJAH, 14 Oktober 2022 Satu Lawatan Penanda Aras di UiTM Cawangan Melaka oleh UiTM Cawangan Selangor telah diadakan pada 14 Oktober 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Seramai sepuluh (10) orang staf terdiri daripada wakil bahagian dari UiTM Cawangan Selangor diketuai oleh Cik Adlin Na’qiah Binti Sabar @ Sabal, Timbalan Pendaftar UiTM Cawangan Selangor telah hadir.

Lawatan penanda arasan ini juga telah dihadiri oleh Puan Nor Aishah Hj. Husain, Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Zulkepli Hassan, Timbalan Bendahari Kanan, Puan Noor Hayati Abu Kassim, Timbalan Ketua Pustakawan, DSP Mohd Suffian Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Keselamatan serta wakil-wakil staf bahagian dan unit yang terlibat.

Antara objektif penanda arasan tersebut adalah bagi memantapkan pelaksanaan proses autonomi di UiTM Cawangan Selangor memandangkan UiTM Cawangan Selangor telah diberi status autonomi berkuatkuasa 1 Mac 2022. Di antara jabatan yang dikunjungi adalah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Bendahari.

Lawatan penanda arasan tersebut telah berjaya mencapai sasaran objektif dalam usaha memantapkan pengurusan dan universiti serta mengeratkan ukhwah di antara kedua belah pihak untuk terus bekerjasama di pelbagai acara di masa akan datang.

#uitmdihatiku
#kitauitmmelaka
#keluargaUiTM
#sinergibersama
#sinergitrust
#uitmcmoktober2022