Majlis Penyerahan Tugas, Persatuan GEOMASS, UiTM Cawangan Perlis

2 FEB 2024, Jumaat: Satu Majlis Penyerahan Tugas, Persatuan GEOMASS telah diadakan di LT 5, UiTM Cawangan Perlis.

Hadir sama pada majlis ini ialah Sir Ikhwan Mohamad (Penasihat 1), Sr Mohd Khairy Kamarudin (Penasihat 2) , Sr Gs Noorfatekah Talib (Penasihat 3 – Pengumpulan Data), Sr Gs Dr Fazly Amri Mohd (Mantan Penasihat 3), Ahli Majlis Tertinggi Geomass (MTG) sesi 2023/2024 dan juga Ahli Majlis Majlis Tertinggi Geomass (MTG) sesi 2024/2025.

Majlis Penyerahan Tugas ini bertujuan menyerahkan tugasan MTG lama kepada MTG Baharu selain memperkenalkan ahli MTG Baharu kepada semua.

Sepanjang tempoh dua jam program berlangsung, penasihat dan ahli MTG lama telah memberi sedikit perkongsian infor dan nasihat kepada semua ahli MTG Baharu.

Warga Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua MTG Persatuan GEOMASS sesi 2023/2024 yang telah banyak berkorban dari segi masa dan tenaga bagi memikul tugas dan amanah yang telah diberikan selama ini. Kepada MTG Baharu bagi sesi 2024/2025, Selamat menjalankan tugas dan melaksanakan program dan aktiviti pembangunan pelajar sepanjang tempoh setahun ini.

Selamat Maju Jaya.

Geomass
Kolej Pengajian Alam Bina – KAB Universiti Teknologi MARA