Majlis Pelancaran Buku Menuju Puncak Kejayaan Dunia dan Akhirat

20 Januari 2024 – Fakulti Perakaunan berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Buku Menuju Puncak Kejayaan Dunia dan Akhirat di Dewan Berlian UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Buku ini merupakan hasil pertama garapan YBhg. Profesor Emeritus Dr Normah Omar bersama YBhg. Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim, yang juga mantan pensyarah dan profesor Fakulti Perakaunan.

Majlis dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UiTM. Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, dan Pegawai Eksekutif Galeri Ilmu Media Group, Tuan Haji Mohd Yusri Mohd Yusof. Hasil royalti jualan buku telah diserahkan kepada Dekan Fakulti Perakaunan, YBhg. Profesor Dr Haslinda Yusoff dan YBrs. Profesor Madya Dr Sharifah Norzehan Syed Yusuf yang menjalankan tugas Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI). Sumbangan turut diterima daripada para profesor di Fakulti Perakaunan dan juga dari YBhg. Datuk Asri Ahmad yang juga alumni UiTM. Jumlah sumbangan akan disalurkan ke Tabung Alumni Prihatin Fakulti Perakaunan dan juga Tabung Alumni Prihatin Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI).

Budaya ‘memberi balik’ seumpama ini merupakan salah satu cara yang murni dalam menyemarakkan sokongan kepada Universiti Teknologi MARA. Semoga lebih ramai alumni menuruti jejak langkah yang murni ini. Tahniah diucapkan kepada Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI) UiTM Shah Alam, Galeri Ilmu Media Group, para penulis dan alumni UiTM.

#UCSCemerlang