Kursus Pengurusan Organisasi (KPO 2024) UiTM Cawangan Selangor

Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP) dan Staf Residen Kolej (SRK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO 2024). Program yang diadakan pada 19 hingga 21 Januari 2024 ini merupakan satu inisiatif yang dianjurkan bagi memberikan pendedahan dan persediaan mental dan fizikal kepada JPK dan Sekretariat kolej kediaman untuk menganjurkan program pembangunan pelajar sepanjang tahun 2024 ini.

YBrs. Dr Norhasnida Nordin, Pengetua Kolej Kediaman UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah merasmikan penutupan program ini. Beliau turut mengingatkan barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Sekretariat Kolej Kediaman untuk sentiasa cakna dengan permasalahan pelajar sepanjang tinggal di kolej kediaman dan tindakan segera perlu diberikan melalui saluran yang tepat.

#UCSCemerlang