Kayuhan Santai Naib Canselor UiTM Cawangan Selangor

21 Januari 2024 – YBhg. Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibudin, Naib Canselor UiTM telah meluangkan masa dihujung minggu dengan kayuhan santai di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Ketibaan beliau disambut mesra oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor.

Staf Unit Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor, Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Selangor dan beberapa orang awam dari komuniti setempat juga turut serta dalam riadah berbasikal ini. Sambil menjalankan aktiviti kayuhan dengan jarak sejauh 23 kilometer, YBhg. Datuk Naib Canselor sempat singgah di beberapa bangunan fakulti, melihat mercu tanda dan kawasan riadah di dalam Kampus Puncak Alam. Ia sedikit sebanyak memberi gambaran kepada Datuk Naib Canselor berkenaan suasana di dalam kampus Puncak Alam.

Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan menjadi budaya hidup sihat dalam kalangan warga UCS.

#UCSCemerlang