Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan JHEAINS.

SEREMBAN, 14 Julai 2023 – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan JHEAINS telah berlangsung pada 3 Julai 2023 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Bagi pihak UiTM, Memorandum Persefahaman (MoU) ini diwakili oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Ybrs. Prof. Madya Dr. Saunah Zainon dan Timb. Rektor (Akademik) dan YBrs. Prof. Madya. Dr. Akmal Aini Othman. Manakala JHEAINS diwakili oleh YBhg. Dato’ Mohd Zaidi Ramli – Pengarah JHEAINS dan YBrs. Encik Mohd Fitri Muhamed – Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Penyelidikan Dan Perancangan Strategik).

Turut hadir Dr. Basaruddin Shah Basri – Timbalan Rektor HEP, Dr. Faridah Najuna Misman – Timb. Rektor PJI, En. Mohammed Affendy Mansor – Timb. Bendahari, Dr. Nor Hazila Ismail – Ketua Pusat Pengajian FPdP, Pegawai-Pegawai Kanan JHEAINS, Pn. Jaslin Md Dahlan – Koordinator Program BA252, Datin Aryani Abdullah Koordinator UKK, Koordinator ICAN, Dr. Norshahniza Sahari Ketua Projek MoU – JHEAINS, Ketua Unit UHEAI, dan Koordinator Unit Zakat.

Persetujuan berkolaborasi merangkumi perkara berikut:
i) menyumbang kepakaran berkaitan dengan pemasaran digital.
ii) pihak universiti menjadi pembekal bakat kepada industri, ini membolehkan pelajar UiTM menjalani latihan industri selama 1 tahun (bertumpukan pada bidang pemasaran digital, bermula Oktober 2022) “Graduate Employbility”.

Diharapkan, kerjasama ini dapat memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak dan dapat mengeratkan hubungan, malah akan membuka ruang kepada pelbagai inisiatif susulan yang lebih besar dan dinamik.