Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM & Sociopreneur Indonesia

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM & Sociopreneur Indonesia di PTDI1, UiTM Cawangan Johor pada 8 Jun 2023 yang lepas.

Memorandum Persefahaman (MoU) ini ditandatangani oleh Prof. Madya Dr. Saunah Zainon (Rektor, UiTM Cawangan Johor) dan Dr. Faridah Najuna Misman (Timb. Rektor PJI). Pihak Sociopreneur Indonesia diwakili oleh Dr. Dessy Aliandrina (Pengarah Eksekutif) dan Encik Heru Wijayanto (Pengurus Operasi). Turut hadir adalah Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Johor, Ketua Bahagian dan Koordinator.

Sehingga Mei 2023, SI telah berkerjasama dengan 34,492 pelajar, 2,344 sukarelawan dan 2104 pemegang taruh “stakeholders”.
UiTM Cawangan Johor berbesar hati menjadi organisasi pertama di Malaysia yang mempunyai memorandum persefahaman (MoU) bersama Sociopreneur Indonesia.

Diharapkan, kerjasama ini dapat terus memberikan impak yang signifikan kepada kesemua pihak terutamanya dalam projek-projek berkaitan inovasi sosial global.