INTERNATIONAL VOLUNTEERISM: DIABETES MELLITUS AND MENTAL HEALTH EDUCATION FOR ELDERLY PEOPLE 2023

PUNCAK ALAM, 6 Jun 2023 – Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA), Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah berjaya menjalankan sebuah program dengan kerjasama Persatuan Pelajar Kejururawatan (NUSA) dan Universitas Nadhlatul Ulama Surabaya (UNUSA) Indonesia iaitu Program International Volunteerism: Diabetes Mellitus And Mental Health Education For Elderly People 2023 yang dijalankan secara bersemuka pada tarikh 6 Julai 2023 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Felda Bukit Cerakah, Selangor.

Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang. Program ini telah disertai oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TDHEP) Fakulti Sains Kesihatan, Penasihat Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA), Fakulti Sains Kesihatan (UiTM), Tenaga Pengajar dan staff Pusat Pengajian Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan (UiTM), Tenaga Pengajar dan pelajar Pusat Kejururawatan, Universitas Nadhlatul Ulama Surabaya (UNUSA) Indonesia. Sebanyak 9 ahli jawatankuasa yang terdiri dari Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA), Fakulti Sains Kesihatan telah dipilih untuk menjayakan program ini dibawah pantauan pengarah, Saudari Siti Nur Nabilah binti Azlan. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada warga emas dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Felda Bukit Cerakah telah mendaftarkan diri sebagai peserta bagi program International Volunteerism: Diabetes Mellitus And Mental Health Education For Elderly People yang mana dijalankan untuk memberi pendedahan serta pencegahan awal kepada warga emas tentang penyakit kencing manis dan kesihatan mental. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala diantara Fakulti Sains Kesihatan UiTM Malaysia dan Fakultas Sains Kesehatan UNUSA Indonesia sebagai rakan kongsi yang aktif.

Program ini dimulakan dengan sesi aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program dan Pelajar daripada UNUSA kepada warga emas PAWE. Program diteruskan lagi dengan sesi ucapan kata alu-aluan oleh Ketua Pusat Pengajian Kejururawatan UiTM iaitu Dr Siti Khuzaimah binti Ahmad Shahroni, diikuti dengan slot bacaan doa yang dibaca oleh Saudara Muhammad Abduh bin Ghani. Seterusnya, Sesi Ceramah kesihatan pertama bermula, ceramah ini disampaikan oleh Pensyarah daripada UNUSA iaitu Puan Siti Nur Hasina bertajuk Diabetes Mellitus. Ceramah Puan Siti Nur Hasina bermula dengan sesi perkenalan bersama para peserta. Serba-serbi maklumat penyakit Diabetes Mellitus dikongsikan, beliau turut mengkongsikan kesan dan langkah untuk menghindari penyakit tersebut kepada warga emas di PAWE, Felda Bukit Cerakah. Slot ini juga diisi dengan sesi soal jawab dan kuiz yang menarik dalam usaha memeriahkan lagi suasana.

Dalam masa yang sama, Sesi pemeriksaan kesihatan turut berlangsung yang dijalankan oleh Pensyarah daripada Pusat Pengajian Kejururawatan turut dibantu oleh Tenaga Pengajar Pusat Pengajian Pengimejan Perubatan. Pemeriksaan tekanan darah dan pemantauan paras gula dalam darah dijalankan kepada Warga Emas yang hadir. Sesi ini telah meringankan beban warga emas untuk membuat saringan awal sebelum ke klinik kesihatan daerah yang agak jauh. Slot ini juga memberi peluang kepada warga emas untuk bertanyakan soalan berkaitan kesihatan kepada Pensyarah Pusat Pengajian Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan UiTM.

Pengisian bagi ceramah sesi kedua program International Volunteerism: Diabetes Mellitus And Mental Health Education For Elderly People diteruskan lagi dengan ceramah berkaitan Mental Health yang disampaikan oleh Pensyarah daripada Pusat Pengajian Kejururawatan UiTM iaitu Puan Norhidayati binti Halim. Sepanjang program, kegirangan peserta dapat dilihat meningkat disamping mereka sering mengajukan soalan semasa ceramah dijalankan. Sesi kuiz diteruskan lagi oleh Ahli Jawatankuasa Program dan hampir semua dapat menjawab dengan betul, Hal ini menunjukkan ceramah disampaikan dengan jelas. Lagi menarik, aktiviti diteruskan lagi dengan cabutan bertuah yang dikendalikan oleh penasihat Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA) kepada Warga emas yang hadir. Seterusnya, sesi ini ditamatkan dengan gimik persembahan tradisional Indonesia yang dipersembahkan oleh para pelajar daripada Universitas Nahdlatul Ulama (UNUSA). Jelas sekali, persembahan mereka mengagumkan para peserta di PAWE, Felda Bukit Cerakah. Tepukan yang gemuruh diberikan apabila tamat persembahan dan sesi fotografi dilakukan.

Dengan berlangsungnya program ini, para peserta dapat mengetahui tentang penyakit diabetes mellitus yang sering kali dihidapi oleh warga emas serta pencegahan awal dan cara mengatasi penyakit diabetes. Selain itu, Warga emas juga dapat pendedahan tentang penyakit mental dan cara untuk mengawal stress, sekali gus dapat membuat saringan kesihatan secara percuma. Hubungan dua hala dan ukhuwah diantara Fakulti Sains Kesihatan UiTM Malaysia dan UNUSA Indonesia juga dapat diutuhkan hasil kerjasama menjayakan program International Volunteerism: Diabetes Mellitus And Mental Health Education For Elderly People ini. Objektif program yang dirangka berjaya dicapai di mana ianya memenuhi keperluan program dari segi kejayaannya. Program ini boleh dikatakan sebagai titik mula bagi membentuk komuniti yang aktif dalam mementingkan kesihatan di kampus UiTM Puncak Alam ini. Secara keseluruhannya, diharapkan agar program seperti ini dapat diusulkan lagi pada masa akan datang agar para mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Sains Kesihatan dapat meneruskan kegiatan kesukarelawan bersama orang awam agar ianya tidak berakhir di sini sahaja.

Disediakan oleh,

SITI NUR NABILAH BINTI AZLAN
PENGARAH PROGRAM
INTERNATIONAL VOLUNTEERISM :
DIABETES MELLITUS AND MENTAL HEALTH EDUCATION
FOR ELDERLY PEOPLE 2023
FAKULTI SAINS KESIHATAN
SESI 2022/2023