Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengan Reng College Of Technology And Design

KOTA SAMARAHAN 18 NOVEMBER 2021 (KHAMIS): Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan RENG College of Technology and Design bagi menjalankan program pertukaran kakitangan Akademik / Pentadbiran di antara kedua-dua institusi, kerjasama di antara insititusi terlibat dalam menjayakan program mobiliti program Diploma / Ijazah Sarjana Muda, penganjuran program berunsur akademik seperti simposium, konferensi dan kursus jangka pendek, perkongsian maklumat di antara dua institusi yang berkaitan dengan perkembangan dalam pengajaran dan pembangunan pelajar, saling mempromosikan maklumat dan aktiviti dalam skop Memorandum Persefahaman di laman web masing-masing (tertakluk kepada kelulusan bertulis terlbih dahulu untuk penggunaan mana-mana logo atau tanda dagangan) serta bekerjasama dalam bidang-bidang lain dari semasa ke semasa seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

RENG College of Technology and Design ditubuhkan untuk memperkasakan generasi akan datang dan mengubah kehidupan melalui pendidikan. Kami menggabungkan nilai tradisional dengan pemikiran moden untuk menyediakan kerjaya kepada pelajar pada masa hadapan. Kolej ini menawarkan pengalaman kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran praktikal, keupayaan dan pengetahuan yang luas. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Lembaga Akreditasi Negara Malaysia (MQA) telah mengiktiraf RENG College of Technology and Design sebagai Institusi Pengajian Tinggi secara sepenuhnya. Dengan wujudnya kerjasama antara UiTM Cawangan Sarawak dengan RENG College of Technology and Design, berharap akan meningkatkan bidang akademik khususnya dalam teknologi dan reka bentuk.

Turut hadir dalam Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) dengan RENG College of Technology and Design ini ialah YB Datuk Amar Michael Manyin Anak Jawong Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Yang Berbahagia Profesor Dr. Firdaus Abdullah Timbalan Rektor, Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (Menjalankan Tugas – Tugas Rektor), Datuk Ar Richard Ang Founder and President RENG College of Technology and Design, Profesor Dr Roslan Zainal Abidin Chairman Board of Advisor RENG College of Technology and Design, Encik Jeffrey Ak Saint Chad Student Recruitment/ Marketing Manager RENG College of Technology and Design.