‘World Food Day’ 2021

Bersempena dengan ‘World Food Day’ pada setiap 16 Oktober setiap tahun, Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama dari UiTM Cawangan Pahang, KPTM Kota Bharu, POLISAS Kuantan, dan Princess of Naradhiwas University, Thailand telah menganjurkan Program World Food Day 2021 secara maya selama 7 hari bermula dari 10 Oktober hingga 17 Oktober 2021. Pelbagai aktiviti menarik yang dirangka dan dilaksanakan sempena Program ini seperti Webinar dan bengkel perkongsian ilmu, program yang melibatkan STEM kepada pelajar sekolah, bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan serta pelbagai pertandingan yang menarik untuk semua lapisan masyarakat. Para peserta untuk program yang berlangsung selama 7 hari ini melibatkan segenap lapisan masyarakat seperti pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi, petani, staf akademik dan pentadbiran serta komuniti setempat.

Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Pahang selaku penganjur bersama telah menyertai dua pertandingan yang di anjurkan sempena program ini. Pertandingan pertama adalah pertandingan “International Virtual Food Oratory Competition 2021” anjuran POLISAS di mana, satu kumpulan pelajar FPA yang di wakili oleh Muhammad Imran Bin Ahmad Rapaie dan Nur Atiqah Iman Binti Muhammad Mozaffar, pelajar semester 5 telah membentangkan satu pembentangan yang bertajuk ‘You Are What You Eat!’ sempena pertandingan ini. Kumpulan pelajar ini telah membawa pulang RM 100 sebagai penerima hadiah sagu hati.

Bagi pertandingan yang kedua iaitu pertandingan inovasi International Agro Revolution and Innovation Challenge 2021 (AgroRIC 2021) anjuran UMK, dua kumpulan yang diwakili oleh Pelajar dan Pensyarah FPA telah mengambil bahagian untuk pertandingan ini. Satu kumpulan telah berjaya membawa pulang Pingat Emas dan Anugerah ‘Best of the Best 2nd Prize Award’ manakala satu lagi kumpulan telah berjaya membawa pulang Pingat Perak. Acara ini telah disertai oleh universiti tempatan seperti UiTM, UMK, UTHM, UTM, agensi-agensi kerajaan serta beberapa penyertaan dari Universiti luar negara dari Thailand. Berikut adalah senarai Pemenang dari FPA UiTM Pahang:

 FlexiF-Tool – Emas & Best of the Best 2nd Prize Award

En. Shamsudin Ismail (UPL UiTM Jengka/Pelajar EPJJ ISM Teknologi dan Pengurusan Perladangan)

Pn. Noorshilawati Abdul Aziz (FPA UiTM Jengka)

Pn. Nur Suraya Abdullah (FPA UiTM Jasin)

Dr. Mohd Khairi Che Lah (FPA UiTM Jengka)

Ezi-PRS: Easy Polybag Refill Scoop – Perak

Pn. Fazidah Binti Rosli (FPA UiTM Jengka)

En. Muhammad Ikmal Hakim Bin Samsol (Pelajar DPIM)

En. Muhammad Faizul Rozzy bin Muhammad Iqmal (Pelajar DPIM)

Cik Nur Quratul Ain Binti Misdar (Pelajar DPIM)

Diharapkan penyertaan dan kejayaan yang dicapai ini dapat membakar semangat para pensyarah dan pelajar untuk menyertai lebih banyak pertandingan disamping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.