Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022

SHAH ALAM, 10 November 2022 – Telah berlangsungnya Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022 di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam pada 10 November 2022. Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM.

Majlis dimulakan dengan Forum Sambutan Hari Kualiti Sedunia 2022 bertemakan ‘Integriti dalam Pengurusan Kualiti’. Forum ini membariskan panel hebat iaitu YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Tuan Haji Muhammad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM. YBhg. Profesor Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) mengemudi forum sebagai moderator.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC). Sesi penyampaian anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM serta diiringi Profesor Dr. Ahmad Sazali Hamzah, Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS) dan YBhg. Profesor Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor InQKA.

Sebanyak 17 anugerah telah disampaikan kepada pemenang KIK manakala 27 anugerah buat pemenang AKNC. Berikut adalah senarai pemenang:

Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK):
1. Anugerah KIK Primer Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (Kategori Penciptaan): Kumpulan A-Minds, UiTM Cawangan Melaka
2. Anugerah KIK Primer Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran: Kumpulan A-Minds, UiTM Cawangan Melaka
3. Anugerah KIK Primer Terbaik Inovasi Pengurusan (Kategori Penambahbaikan): Kumpulan The Infinity, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur
4. Anugerah KIK Primer Terbaik Inovasi Pengurusan (Kategori Penciptaan): Kumpulan Neoterist, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM
5. Anugerah KIK Primer Terbaik Inovasi Pengurusan: Kumpulan The Infinity, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur
6. Anugerah KIK Primer Terbaik Inovasi Sosial (Kategori Penambahbaikan): Kumpulan North Pearl’20, UiTM Cawangan Pulau Pinang
7. Anugerah KIK Primer Terbaik Inovasi Sosial (Kategori Penciptaan): Kumpulan Sinergi, UiTM Cawangan Sabah
8. Anugerah KIK Primer Terbaik Inovasi Sosial: Kumpulan North Pearl’20, UiTM Cawangan Pulau Pinang
9. Anugerah KIK Hibrid Terbaik Inovasi Sosial (Kategori Penciptaan): Kumpulan V-Community, UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Seremban
10. Anugerah KIK Hibrid Terbaik Inovasi Sosial: Kumpulan V-Community, UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Seremban
11. Anugerah Istiqamah KIK: Kumpulan IM-Vative, UiTM Cawangan Kelantan
12. Anugerah Penjanaan Pendapatan Sebenar Terbaik: Kumpulan V-Community, UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Seremban
13. Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik: Kumpulan Bosom Buddies, Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM
14. Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif: Kumpulan Jasa, Pejabat Pendaftar
15. Tempat Ketiga Konvensyen KIK: Kumpulan Proserve, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur
16. Naib Johan Konvensyen KIK: Kumpulan A-Minds, UiTM Cawangan Melaka
17. Johan Konvensyen KIK: Kumpulan The Infinity, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur

Anugerah Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC):
1. Bidang Tumpuan Pengajaran & Pembelajaran: Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
2. Bidang Tumpuan Penyelidikan, Penerbitan dan Pengkomersilan: Fakulti Sains Gunaan
3. Bidang Tumpuan Jaringan Industri dan Keusahawanan: UiTM Cawangan Melaka
4. Bidang Tumpuan Jaringan Alumni Komuniti dan Kesukarelawan: Fakulti Farmasi
5. Bidang Tumpuan Penyampaian Perkhidmatan: UiTM Cawangan Terengganu
6. Bidang Tumpuan Pengurusan dan Pembangunan Staf: UiTM Cawangan Pahang
7. Bidang Tumpuan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar: UiTM Cawangan Sarawak
8. Bidang Tumpuan Pengurusan Kewangan: UiTM Cawangan Negeri Sembilan
9. Bidang Tumpuan Pengurusan Fasiliti dan Teknologi: UiTM Cawangan Perak
10. Kriteria Kepimpinan: UiTM Cawangan Melaka
11. Kriteria Perancangan Strategik: Fakulti Farmasi
12. Kriteria Tumpuan Pelanggan: UiTM Cawangan Sarawak
13. Kriteria Pengukuran Analisa dan Pengurusan: UiTM Cawangan Pahang
14. Kriteria Tumpuan Sumber Manusia: UiTM Cawangan Perak
15. Kriteria Tumpuan Operasi: Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
16. Kriteria Hasil: UiTM Cawangan Melaka
17. Anugerah Pembentangan Terbaik: Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
18. Tempat Ketiga Kategori UiTM Cawangan: UiTM Cawangan Perak
19. Naib Juara Kategori UiTM Cawangan: UiTM Cawangan Pahang
20. Juara Kategori UiTM Cawangan: UiTM Cawangan Melaka
21. Tempat Ketiga Kategori Fakulti/Kolej Pengajian: Fakulti Perakaunan
22. Naib Juara Kategori Fakulti/Kolej Pengajian: Fakulti Sains Gunaan
23. Juara Kategori Fakulti/Kolej Pengajian: Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
24. Tempat Ketiga Kategori Bahagian/Pusat/Unit: Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur
25. Naib Juara Kategori Bahagian/Pusat/Unit: Pejabat Pendaftar
26. Juara Kategori Bahagian/Pusat/Unit: Perpustakaan Abdul Razak
27. Juara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canselor 2022: Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.