Kempen Kenali InQKA: Unit Pentadbiran, ICT Dan AKNC

Pentadbiran – Menyediakan perkhidmatan sokongan pentadbiran dan teknikal dalam aspek pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, perancangan strategik, ICT, pengurusan harta, pengurusan dokumen, fasiliti dan keselamatan.

ICT – Keperluan sistem/ aplikasi komputer dan peralatan yang berkaitan menjadikan unit ini sebagai nadi penyediaan segala keperluan berkaitan. Perkhidmatan yang diberikan merangkumi 2 perkhidmatan iaitu Pengurusan Sistem Teknologi Maklumat dan Pengurusan Sokongan ICT.

Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) – Merupakan anugerah kualiti utama universiti dimana unit ini sebagai sekretariat yang menguruskan segala aktiviti yang berkaitan dengan penganugerahan ini. Aktiviti yang diuruskan oleh unit ini termasuk Bengkel Penulisan Laporan, Bengkel Penilaian Laporan, Sesi Pembentangan Akhir dan juga turut terlibat ketika Hari Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM.