Majlis JPK’s Best Exco anjuran Unit Pengurusan Kolej dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

19 Disember 2023 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Kampus Sungai Buloh dan Kampus Selayang UiTM Cawangan Selangor telah menjayakan Majlis JPK’s Best Exco pada 16 Disember 2023 di Concorde Hotel Shah Alam. Penganjuran majlis ini adalah satu bentuk penghargaan dan suntikan motivasi kepada semua pelajar untuk terus bersemangat dan lebih aktif melibatkan diri dalam penganjuran program-program berimpak tinggi demi kecemerlangan UiTM Cawangan Selangor.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Prof Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Cawangan Selangor.
Dalam majlis tersebut, Exco Keusahawanan yang diterajui oleh Saudara Mohammad Shameer Ihaping dan Saudari Amira Aqilah Khairulnizam telah dinobatkan Anugerah Best Exco 2023.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah menerima anugerah dan telah berkhidmat dengan jayanya sepanjang tahun 2023.