Majlis Apresiasi 2022 dan Persaraan Staf APB UiTM Cawangan Perlis: Suatu Inisiatif Gemilang

Kangar, Perlis: Majlis Apresiasi 2022 dan Persaraan Staf APB UiTM Cawangan Perlis telah diadakan di The Kitchen Studio Event Space, Kangar, Perlis pada 1 Mac 2023 daripada pukul 3.00 – 6.00 petang. Seramai enam puluh (60) orang pensyarah, bekas pensyarah dan pesara telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan pencapaian dan sumbangan kakitangan akademik APB yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai aspek sepanjang tahun 2022. Penghargaan dan pengiktirafan diberi kepada pesara, bakal pesara serta para pensyarah yang telah berusaha mengharumkan nama APB. Selain itu, menerusi majlis ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat ke arah membudayakan nilai UiTM ESI & I-DART melalui interaksi dan kerjasama (collegiality) yang lebih progresif antara warga APB dan kakitangan pentadbiran.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Ketua Pusat Pengajian APB, Dr Latisha Asmaak Shafie. Seterusnya, empat orang staf akademik APB yang bersara pada tahun 2022 dan 2023 iaitu Dr Siti Rafizah Fatimah binti Osman, Puan Zahrullaili binti Ahmad Zakaria, Puan Raihanah Mohamad dan Ustaz Ahmad Tahir bin Hamid telah berkongsi arus perjalanan serta pelbagai kenangan yang terpahat sebagai pendidik di UiTM dan warga APB Cawangan Perlis. Agenda majlis seterusnya merupakan penyampaian pelbagai kategori anugerah kepada pensyarah APB oleh Dr Latisha Asmaak Shafie. Senarai 17 anugerah yang telah disampaikan adalah seperti berikut:

Kategori A
1. Anugerah Pensyarah Cemerlang Penyelidikan – Dr Ummi Syarah Ismail
2. Anugerah Pensyarah Cemerlang Inovasi – Puan Majdah Chulan
3. Anugerah Pensyarah Cemerlang Khidmat Masyarakat/Kolaborasi Industri – Dr Hafizah Hajimia
4. Anugerah Pensyarah Cemerlang Penulisan Kreatif – Dr Amizura Hanadi Mohd Radzi
5. Anugerah Pensyarah Cemerlang Penulisan Akademik – Dr Hafizah Hajimia
6. Anugerah Pensyarah Cemerlang Kepimpinan – Puan Nor Azira Mohd Radzi
7. Anugerah Pensyarah Cemerlang E-Pembelajaran – Dr Latisha Asmaak Shafie
8. Anugerah Pensyarah Cemerlang Harapan – Dr Razlina Razali

Kategori B
1. Anugerah Pensyarah Paling Efektif Pengajaran – Dr Lew Ya Ling
2. Anugerah Pensyarah Paling Mesra Rakan – Dr Latisha Asmaak Shafie
3. Anugerah Pensyarah Paling Popular (Pilihan Staff) – Puan Fazmawati Zakaria
4. Anugerah Pensyarah Paling Popular (Pilihan Pelajar) – Puan Noorazalia Izha Haron
5. Anugerah Pensyarah Paling Sporting – Puan Saeidah Malek
6. Anugerah Pensyarah Paling Berketerampilan – Prof Madya Dr Naginder Kaur
7. Anugerah Pensyarah Paling Unggul Personaliti – Puan Anis Maesin
8. Anugerah Pensyarah Paling Berdisiplin – Puan Surina Nayan
9. Anugerah pensyarah Paling Bekerjasama – Cik Chee Sie Ching

Selain itu, pelbagai persembahan telah disampaikan oleh para pensyarah seperti nyanyian lagu Melayu dan Mandarin. Persembahan video nyanyian kreatif “Stand by Me” (https://youtu.be/1ZYiqzuFRNc) oleh enam belas (16) orang pensyarah APB telah mendapat sambutan hangat daripada semua hadirin. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi menjamu selera dan sesi cabutan bertuah. Majlis Apresiasi 2022 dan Persaraan Staf APB UiTM Cawangan Perlis telah berlangsung dengan jayanya dan meninggalkan kenangan manis buat semua warga APB UiTM Cawangan Perlis.