Majlis Apreasiasi Dan Dinner GEOMASS

05 Jan 2024 – Majlis Apreasiasi Dan Majlis Makan Malam GEOMASS bagi sesi Oktober 2023 – Februari 2024 telah berjaya diadakan di Dewan Seri Semarak, UiTM Cawangan Perlis pada hari Jumaat, malam tadi.

Turut bersama hadir ialah Ts Gs Dr Ernieza Suhana Mokhtar (Timb Rektor PJI), Sr Dr Rohayu Haron Narashid (Ketua Pusat Pengajian), Cik Ashnita Rahim (Koordinator Kursus), barisan pensyarah dan para pelajar ijazah dan diploma Kolej Pengajian Alam Bina. Majlis Makan pada kali ini melibatkan penyertaan hampir seramai 120 orang dan 20 orang pensyarah daripada Kolej Pengajian Alam Bina.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Wakil Pelajar Ijazah semester 4 dan ucapan aluan oleh Ketua Pusat Pengajian KAB, Sr Dr Rohayu Haron Narashid. Agenda majlis seterusnya melibatkan penyerahan Dan Anugerah Sijil Penghargaan Dekan sesi Mac – Ogos 2023 Dan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Sukan Antara Fakulti (SAF) serta penyampaian hadiah bagi memenangi King and Queen Night.

Ketua Pusat Pengajian dan warga KAB mengucapkan tahniah dan berdoa semoga Persatuan GEOMASS terus berjaya dan aktif mengadakan program bersama para pelajar KAB kita pada semester Sesi Mac 2024 hingga Sept 2024 kelak.

Kolej Pengajian Alam Bina – KAB Universiti Teknologi MARA
Geomass