Majlis Amanat Pengarah Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) Bersama Pelajar-pelajar PPT UiTM Cawangan Johor

Pada minggu kedua Ramadan 1443 Hijrah, seramai 29 pelajar Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) Kampus Segamat telah diceriakan dengan kehadiran Yang Berbahagia Pengarah Program PPT, Prof. Madya Dr. Aini Jaapar diiringi Ketua Unit Akademik Pejabat PPT Shah Alam, Dr. Ani Mazlina Dewi Mohamed.

Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar JBA0021B, Muhammad Aiman bin Mohd Jamal, dan dipengerusikan oleh Anis Suraya Abdul Aziz juga dari kumpulan JBA0021B.

Majlis yang bermanfaat ini juga disaratkan dengan nasihat dan motivasi berguna yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Pengarah PPT Prof. Madya Dr. Aini Jaapar. Para pelajar diterapkan dengan kepentingan mengubah sikap negatif kepada sikap yang lebih positif dan terpuji supaya perjalanan mereka sebagai pelajar lebih diberkati.

Melalui slot Taklimat Penerapan Pra Diploma ke Diploma, para pelajar didedahkan dengan peluang-peluang mereka untuk menyambung ke peringkat Diploma UiTM yang kini terbuka luas setelah berjaya memiliki kelulusan Pra Diploma.

Kesemua pelajar PPT ternyata gembira dan teruja meluangkan masa selama hampir 3 jam bersama-sama Yang Berbahagia Pengarah PPT.