LAWATAN PENANDA ARAS POLITEKNIK UNGKU OMAR KE PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM, UiTM CAWANGAN PULAU PINANG

Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan akademik dan penanda aras dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar (PUO) pada 3 Oktober 2023. Kunjungan ini bertujuan sebagai perkongsian ilmu di antara kedua – dua institusi pengajian tinggi untuk memastikan kelangsungan program dan akreditasi program Diploma Kejuruteraan yang ditawarkan. Beberapa kriteria dibincangkan semasa sesi lawatan berkenaan terutamanya outcome-based education (OBE), kurikulum, open-ended laboratory (OEL) dan quality management system (QMS).

Terdapat lapan (8) delegasi Politeknik Ungku Omar (PUO) yang terdiri daripada Ketua Program Diploma Kejuruteraan, Penyelaras Peperiksaan Jabatan Kejuruteraan Awam, Penyelaras CADD, Penyelaras Makmal Jalan Raya, Penyelaras Bengkel Konkrit, Penyelaras Makmal Alam Sekitar, dan penolong jurutera juga dibawa melawat makmal yang terdapat di PKA UiTMCPP bagi melihat peralatan yang digunapakai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada KPP PKA, Dr. Juhaizad Ahmad, Koordinator Program Diploma Kejuruteraan Awam (CEEC110), Ts. Dr. Mohd Samsudin Abdul Hamid, Koordinator Unit Jaminan Akreditasi dan Alumni ETAC, Ir. Nurjuhanah Juhari dan barisan pensyarah serta penolong jurutera makmal yang hadir memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang program berlangsung. Lawatan akademik ini telah berjaya meluaskan jaringan kerjasama antara Politeknik Ungku Omar (PUO) dan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Semoga jalinan kerjasama dapat diteruskan di antara kedua- dua institusi ini.