Lawatan Kerja Program PPT Ke UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang : Siri 2

25 Mei 2021 (Selasa) – Program pada hari kedua ini memfokuskan kepada penerangan berkenaan kurikulum Pra Diploma Sains oleh Pengurus Utama program, iaitu kampus Kuala Pilah. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Noorlis Ahmad selaku Timbalan Rektor HEA UiTM Cawangan Negeri Sembilan, diikuti oleh sesi taklimat berkenaan program Pra Diploma Sains oleh Ts. Siti Nafisah dan taklimat berkenaan fasiliti makmal sains UiTM Pasir Gudang oleh Dr. Nur Hazirah Rozali Annuar selaku Koordinator Kursus FSG UiTM Pasir Gudang.

Di samping itu, terdapat juga penerangan secara terperinci berkaitan dengan kurikulum bagi setiap subjek yang telah disampaikan oleh Pensyarah Sumber melibatkan kod CHM083, PHY083, MAT083, MAT086 dan ELC010. Pensyarah Sumber yang terlibat adalah Pn. Siti Noriah Mohd Shotor, Pn. Azlina Baha, Cik Nadiah Mohamed, Pn. Nur Rasyida Mohd Rashid dan Pn. Nur Adibah Zamri. Malah, terdapat juga perkongsian daripada pensyarah yang berpengalaman dalam mengajar program pra diploma sains, iaitu Profesor Madya Ts. Dr Sheikh Ahmad Izaddin untuk subjek kimia dan En. Muhamad Izzat Rahim bagi subjek Bahasa Inggeris. Program pada hari kedua ini telah diadakan sepenuhnya secara atas talian menggunakan medium Cisco Webex.