Lawatan Kerja Program PPT Ke UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang : Siri 1

24 Mei 2021 (Isnin) – Program ini merupakan kolaborasi di antara Unit PPT UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Pejabat Pengarah PPT dan juga FSG UiTM Kampus Pasir Gudang. Ia adalah sebagai persediaan memandangkan program Pra Diploma Sains akan ditawarkan di kampus Pasir Gudang bermula pada sesi Oktober 2021 nanti. Program ini telah berlangsung selama dua hari.

Pada hari pertama, beberapa siri taklimat telah disampaikan oleh wakil-wakil PPT iaitu Profesor Madya Ts. Dr. Aini Jaapar, En. Ahmad Shahril Azwan Abd Rahim dan Pn. Rosdiana Abd Razak. Taklimat merangkumi pengenalan berkenaan program PPT, tatacara pengisian borang permohonan PPT dan aktiviti promosi program PPT. Di samping itu, terdapat juga sesi perkongsian daripada beberapa koordinator PPT tentang amalan terbaik dalam pengurusan program PPT di kampus- kampus cawangan. Antara koordinator yang turut memberikan perkongsian adalah Pn. Siti Zarikh Sofia mewakili UiTM Cawangan Johor, Pn. Suhaiza Hasan mewakili UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Ts. Siti Nafisah mewakili UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Program ini telah berlangsung secara atas talian menggunakan platform Cisco Webex, dan ditayangkan secara langsung menerusi YouTube Channel UiTM Cawangan Johor untuk tontonan semua warga UiTMCJ. Ia turut dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Johor iaitu Profesor Dr. Ismail Ahmad.