Lawatan dan Taklimat Penolong Naib Canselor KAB, Professor TPr Dr. Jamalunlaili Abdullah bersama Barisan Pensyarah Sains Ukur dan Geomatik, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis.

21 Februari 2023 (Jam 3 – 5 petang): Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) UiTM Cawangan Perlis telah menerima lawatan singkat oleh YBhg Penolong Naib Canselor KAB, Professor TPr Dr. Jamalunlaili Abdullah. Perjumpaan dan taklimat oleh YBhg Prof telah berlangsung di Bilik Mesyuarat HEA (AlFarabi I).

 

Kehadiran YBhg Prof telah disambut mesra oleh TRek PJIM&A, Ts. Gs. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar bersama-sama Dr. Rohayu Haron Narashid (Ketua Pusat Pengajian), Sr Ashnita Rahim (Koordinator Program) dan barisan pensyarah Pengajian Sains Ukur & Geomatik (PSUG) – KAB, UiTM Cawangan Perlis.

Sesi taklimat berjalan lancar dengan penerangan berkenaan struktur organisasi dan status KAB di cawangan selain membincangkan secara am beberapa isu berkaitan pengurusan KAB terkini.

Pihak KAB UiTM Cawangan Perlis dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada YBhg Prof di atas kesudian berkunjung dan berkongsi maklumat kepada warga KAB UiTM Cawangan Perlis.

#geomatik #psug #sug #kabperlis