Kunjungan Kerja dan Mesyuarat SuperMap Software Co. Ltd ke Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis.

23 Februari 2023: Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis telah menerima kunjungan kerja daripada SuperMap Software Co., Ltd pada petang tadi. Ketibaan delegasi diketuai oleh Evelyn Sun, Pengurus Besar dan 3 rakan pasukan SuperMap Co., Ltd disambut oleh Ts Gs Dr Ernieza Suhana Mokhtar (Timbalan Rektor PJI) bersama barisan pensyarah di Bilik Mesyuarat, Bangunan Hal Ehwal Akademik (HEA).

Pertemuan kedua pihak ini adalah untuk membincangkan tentang kerjasama yang boleh dilakukan bagi manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa hadapan. Sepanjang pertemuan berlangsung, delegasi mempelawa pihak UiTM mengadakan penyelidikan antara SuperMap Software Co., Ltd, perkongsian ilmu bersama industri bersama pensyarah dan pelajar FYP, penempatan pelajar latihan industri dan lain-lain.

Bagi pihak KAB UiTM Cawangan Perlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada SuperMap Software Co., Ltd atas kesudian melawat dan mengunjung KAB petang tadi. Semoga hubungan baik antara kedua-dua pihak dapat terus dijalinkan dan beroleh manfaat.