LAWATAN BALAS PENANDA ARAS ZAKAT DAN WAKAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT

SEGAMAT, 10 Ogos 2023 – Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) atas kesudian mengadakan lawatan balas penanda aras ke Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor. Delegasi diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Che Yaacob Pengarah Pusat Islam UTM. Jalinan ini hasil lawatan pertama kali anjuran Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf pada 30 Mei 2023 ke UTM yang lalu.

Rombongan disambut dengan ramah mesra oleh Profesor Madya Dr. Saunah Zainon, Rektor UiTM Cawangan Johor bersama Jawatankuasa Agihan Zakat dan Sedekah. Lawatan ini khusus membincangkan operasi zakat dan wakaf. Pertemuan ini juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan kerjasama dua hala antara dua universiti. Pertemuan dua universiti sangat penting bagi bertukar informasi, mengenal potensi dan mengembangkan operasi. Turut hadir berkongsi maklumat dan pengurusan Zakat dan Wakaf oleh Profesor Madya Dr. Mohd Ashrof Zaki Yaakob, Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam.

Pada sebelah petang delegasi dibawa ke lawatan tapak Dusun Durian Segar Amat UiTM Cawangan Johor. Lawatan ini diketuai oleh Profesor Madya Ahmad Nawawi bin Yaakob. Para tetamu dapat menikmati hidangan jamuan petang goreng pisang dan ubi kayu hasil tanaman yang di usahakan staf dan pensyarah UiTM Cawangan Johor. Diharapkan lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Sekalung penghargaan juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak bagi menjayakan program ini.